Thursday 9 March 2017

GLOCOM - KENAPA TIADA SIASATAN TERHADAP PEMIMPIN UMNO???


Apa peranan sebenar Setiausaha Agung Veteran UMNO, Datuk Mustapha Ya'akub dalam syarikat yang ada kaitan dengan Glocom, iaitu sebuah syarikat yang ditubuhkan di negara ini sebagai agensi risikan Korea Utara?

Walaupun sudah ada penjelasan daripada Mustapha, siasatan kerajaan perlu ada dan telus.

Siasatan dan penjelasan kerajaan penting kerana syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Glocom serta mana-mana kementerian yang perlu untuk mengenal pasti,  bagaimana Glocom dibenarkan beroperasi di Malaysia.

Apalagi ia membabitkan seorang pemimpin penting parti komponen pemerintah negara dan hubungannya dengan syarikat perisikan negara komunis.

Kenapa tiada reaksi kerajaan mahupun pihak berkuasa ke atas cadangan siasatan terhadap Mustapha dan syarikatnya?

Oleh kerana ada ketegangan dengan Korea Utara dan terdedahnya pembabitan pemimpin UMNO yang jadi parti pemerintah, kenapakah perkara ini mahu didiamkan sahaja?

Juga kenapa hubungan Mustapha dengan syarikat ada kaitan dengan Clocom didiamkan sahaja selama ini?

Siapa yang ‘menyorokkan peranan Mustapha dalam syarikat’ berkenaan selama ini?

Apakah keakraban Mustapha dengan kalangan pemimpin Korea Utara sebelum ini tiada apa-apa kesan dari segi kerahsiaan politik dan diplomatik kedua-dua negara?

Pada 5 Mac lalu, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil mendesak kerajaan agar perlu segera melaksana tindakan termasuk membeku aset syarikat Glocom.

Beliau meminta polis menjalankan siasatan penuh terhadap syarikat itu bagi memastikan syarikat tersebut mematuhi undang-undang sedia ada negara.

Reaksi pihak berkuasa nakmpaknya seolah-olah tiada apa yang 'dibimbangi' sejauh ini.


Laporan media yang memetik laporan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap Glocom amat memeranjatkan dan cukup merisaukan umum.

Persoalan utama yang berlegar di fikiran umum adalah bagaimana sebuah syarikat peralatan perang seperti Glocom yang diguna agensi risikan negara asing dibenarkan beroperasi di negara ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, sebuah laporan berita antarabangsa memetik laporan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa sebuah syarikat hadapan, Glocom, yang dikendalikan oleh ejen perisikan Korea Utara di Kuala Lumpur, melanggar sekatan PBB dengan menjual peralatan radio tempur.

Laporan berita itu juga berkata tiada syarikat dengan nama Glocom wujud di Malaysia dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut mengesahkannya.

Bagaimanapun Khalid berkata polis sedar wujud dua syarikat yang dikatakan ada kaitan dengan Glocom di negara ini iaitu International Global System Sdn Bhd dan International Golden Services.

Katanya, International Global System didaftar pada 2005 dan mengendalikan perniagaan multimedia, elektronik dan perdagangan am manakala International Golden Services pula didaftar pada 2012 dan menjalankan perniagaan produk berasaskan teknologi maklumat komunikasi serta pembekal perkhidmatan penyelesaian berkaitan ICT.

Apakah syarikat-syarikat ini bebas sepenuhnya daripada kegiatan perisikan oleh Korea Utara?

Setiausaha Agung Veteran Umno itu pada 28 Febryari lalu mengakui penglibatan beliau dalam menubuhkan syarikat International Global System (M) Sdn Bhd (IGS) yang dikaitkan dengan 'Syarikat Glocom', sebuah syarikat komunikasi menjual peralatan radio tempur dari Korea Utara.

Menurutnya pembabitan itu semata-mata atas kepentingan perniagaan selepas disyorkan oleh kedutaan Korea utara.

Fahmi...minta dilakukan penyiasatan.
Mustapha berkata IGS ditubuhkan pada 2005 bersama dua orang rakan kongsi dari Korea Utara yang dikenalinya sebagai 'Madam Ryang' dan 'Madam Pyon' bertujuan bagi memasarkan produk keluaran syarikat Glocom.

Menurutnya selepas itu, IGS dikendalikan seorang lelaki warga Korea Utara yang dikenali sebagai Kim Chang-hyok, selaku pengurus perniagaan.

Beliau mengakui tahu  tahu (Glocom) adalah produk Korea Utara tetapi tidak tahu bahawa negara tersebut dikenakan sekatan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Mustapha menjelaskan hubungan mereka adalah atas perniagaan semata-mata. “Saya mengenali mereka selepas diperkenalkan oleh Kedutaan Korea Utara... menurut kedutaan, ketiga-tiga mereka ingin mencari rakan kongsi untuk memasarkan produk syarikat itu di Malaysia," katanya.

Mustapha bersetuju bekerjasama dengan mereka selepas mendapati beberapa produk komunikasi yang ingin diperkenalkan mempunyai nilai kebolehpasaran di Malaysia dan rantau Asia.

Kata Mustapha, setelah menyedari yang semua produk termasuk peralatan ketenteraan keluaran Korea Utara disekat oleh PBB dan atas nasihat (polis) Bukit Aman serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI),  beliau putuskan untuk menutup syarikat IGS.

Selepas itu, beliau  dan Kim menubuhkan sebuah lagi syarikat iaitu International Golden Services pada tahun 2012 tetapi tidak juga berhasil, lalu mereka tutup syarikat tersebut.

Setelah kedua-dua syarikat ditutup, Mustapha berkata beliau berasa tidak lagi perlu untuk menjalin kerjasama dengan individu atau syarikat Korea Utara berikutan sekatan PBB.   

Menurutnya kali terakhir beliau berurusan dengan Kim kira-kira setahun lepas dan beliau turut dimaklumkan yang Kim kini menjalankan perniagaan mengeksport produk berasaskan makanan Malaysia ke Korea Utara.

Sementara itu, Fahmi berpendapat pihak syarikat perlu segera dihadapkan ke mahkamah sekiranya didapati melanggar undang-undang negara.

"Saya juga menggesa kerajaan untuk menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan DiRaja (SSDR).

"SSDR ini dicadangkan dianggotai ahli-ahli Parlimen kanan dari pihak kerajaan dan pembangkang, bekas hakim serta pakar-pakar keselamatan, untuk melaksanakan siasatan penuh terhadap Glocom," tegasnya.

No comments:

Post a Comment